Ahad, 19 Januari 2020

RIDE 4 MOUNTAIN - Sambutan Semakin Hangat




Ride 4 Mountain (R4M) memasuki tahun ke 4 semenjak di perkenalkan. Saban tahun jumlah penyertaan semakin meningkat. Apa istimewa Ride 4 Mountain?

All Brothers Bikers ringkasnya ABB satu grup motosikal yang cukup di kenali di Kelang. Grup yang diselenggarakan oleh "Otai-Otai" permotoran.

Bermula 2016 gabungan idea dari Presiden ABB Shamsudin Sharif dan Ramli Badron Timbalan Presiden maka tercetus idea untuk mengadakan "Ride 4 Mountain."


Ride ini bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya memang suatu ride yang lain dari yang pernah kita dengar. Diawal perancangan pelbagai tanggapan negatif di terima oleh kedua otai ABB ini.

R4M yang pertama majoriti peserta hanya dikalangan ahli ABB sahaja dan berjaya menyelesaikan misi seperti yang direncanakan.


Satu hari bermotosikal dan mendaki 4 gunung bermula dari awal pagi? Mungkin terdetik di minda mereka yang tidak pernah menyertai ride ini menyusahkan,tiada tujuan dan membahayakan.

Apakah misi R4M? 

1.Mendaki 4 gunung dalam masa 1 hari di mana jarak dan ketinggian antara 4 gunung tersebut jauh serta berbeza.

2.Memberi peluang peserta konvoi merasai cabaran serta mendisplinkan diri terutama disaat-saat  mendaki gunung.

Kemana Destinasi R4M?

1. Genting Highland.

2.Bukit Tinggi.

3.Cameron Highland.

4.Bukit Fraser

Tahun 2020, Ride 4 Mountain semakin mendapat tempat di kalangan bikers. Buktinya dengan penyertaan seramai 120 buah motosikal. Jumlah penyertaan teramai semenjak R4M di perkenalkan.


JPAM,Kelang merupakan agensi yang terlibat dalam R4M 2020 .Penyumbang yang turut menjayakan acara kali ini ialah D'Serai Cathering dan Waza Moto Sport .



Boleh di katakan peserta R4M 2020 terdiri dari pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Semenanjung Malaysia.


Menurut Timbalan Presiden ABB, Ramli Badron, selain acara tahunan R4M, ABB juga ada visi untuk bikers . Ianya dalam bentuk 'Siap Siaga" sebelum menunggang secara solo atau berkonvoi.

Apakah Visi ABB?

1.Mengadakan kursus pengendalian motosikal berkuasa tinggi (Advance Training).

2.Menjalinkan hubungan baik dengan pengamal media yang selama ini banyak membantu ABB.

3.Mengadakan konvoi  baik didalam kumpulan kecil atau besar sekerap mungkin.Ini bertujuan mendidik bikers memahami apa itu "Konsep Berkonvoi".


Keunikan konvoi R4M terserlah. Jawapan yang positif dari peserta yang di temubual, ada yang mengakui pengalaman menyertai R4M bukan mudah untuk dilupakan.


Bagi mereka beriadah dan berkonvoi ke sesuatu lokasi itu adalah lumrah.

Namun berkonvoi sambil mendaki serta menurun dari kemuncak yang tinggi tanpa di berikan peluang memotong itu merupakan cabaran.


Majoriti peserta berpuashati dengan cara pengendalian Ketua Konvoi dan tim ABB.Tiada kmpromi semasa konvoi. Peserta ditekankan dengan displin dan patuhi arahan yang ditetapkan.

Ride 4 Mountain bukanlah satu penyeksaan kepada mereka yang berhajat menyertainya.Keseronokan timbul bila setiap arahan di patuhi.


Kenangan tidak mudah dilupakan apabila misi tercapai dengan jayanya.


Jalinan persahabatan terserlah disamping berkongsi minat dan pengalaman.


Syabas dan tahniah buat ABB d atas kejayaan menjayakan program Ride 4 Mountain.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan