Rabu, 12 Februari 2020

SIFU INTERNATIONAL ENDURO CHAMPIONSHIP - Hadiah Lumayan



Wang tunai RM 68,000 menjadi rebutan di Kejohanan SIFU INTERNATIONAL ENDURO CHAMPIONSHIP 2020 pada penghujung bulan ini.


Persatuan 2 Roda Malaysia (P2RM) yang julung kalinya menganjurkan kejohanan yang menwarkan hadiah terbesar di Malaysia dalam sukan permotoran.

Enam kategori di pertandingkan di kejohanan tersebut. Sebanyak 3 pusingan di sepanjang tahun 2020 terpaksa di habiskan oleh peserta bagi merebut juara keseluruhan.

Kategori yang dipertandingkan ialah;-

Gold Platinum (Expert)


Gold (Intermidiate)


Bronze (CKD)


Superstar (Selebriti)


Iron (Wanita)


Silver (VViP45)

RM 200,000 nilaian hadiah di pertaruhkan bagi ketiga-tiga pusingan tersebut. Ianya tidak termasuk hadiah bagi juara keseluruhan yang akan diumumkan diakhir kejohanan.

Perlumbaan yang akan bermula pada 28 februari nanti akan diadakan Ukay Perdana, Selangor.

Litar sepanjang 5.5 kilometer membabitkan laluan berbukit dan sedikit mendatar serta agak mencabar.


Cetusan idea dari Pengarah dan pelakon utama filem Remp-it 2, Datuk Farid Kamil sehingga terlaksananya penganjuran kejohanan ini.


Menurut Datuk Farid Kamil, beliau ingin mengangkat Sukan Lasak Enduro  di negara kita ini ke tahap antarabangsa. 

Ahad, 19 Januari 2020

RIDE 4 MOUNTAIN - Sambutan Semakin Hangat




Ride 4 Mountain (R4M) memasuki tahun ke 4 semenjak di perkenalkan. Saban tahun jumlah penyertaan semakin meningkat. Apa istimewa Ride 4 Mountain?

All Brothers Bikers ringkasnya ABB satu grup motosikal yang cukup di kenali di Kelang. Grup yang diselenggarakan oleh "Otai-Otai" permotoran.

Bermula 2016 gabungan idea dari Presiden ABB Shamsudin Sharif dan Ramli Badron Timbalan Presiden maka tercetus idea untuk mengadakan "Ride 4 Mountain."


Ride ini bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya memang suatu ride yang lain dari yang pernah kita dengar. Diawal perancangan pelbagai tanggapan negatif di terima oleh kedua otai ABB ini.

R4M yang pertama majoriti peserta hanya dikalangan ahli ABB sahaja dan berjaya menyelesaikan misi seperti yang direncanakan.


Satu hari bermotosikal dan mendaki 4 gunung bermula dari awal pagi? Mungkin terdetik di minda mereka yang tidak pernah menyertai ride ini menyusahkan,tiada tujuan dan membahayakan.

Apakah misi R4M? 

1.Mendaki 4 gunung dalam masa 1 hari di mana jarak dan ketinggian antara 4 gunung tersebut jauh serta berbeza.

2.Memberi peluang peserta konvoi merasai cabaran serta mendisplinkan diri terutama disaat-saat  mendaki gunung.

Kemana Destinasi R4M?

1. Genting Highland.

2.Bukit Tinggi.

3.Cameron Highland.

4.Bukit Fraser

Tahun 2020, Ride 4 Mountain semakin mendapat tempat di kalangan bikers. Buktinya dengan penyertaan seramai 120 buah motosikal. Jumlah penyertaan teramai semenjak R4M di perkenalkan.


JPAM,Kelang merupakan agensi yang terlibat dalam R4M 2020 .Penyumbang yang turut menjayakan acara kali ini ialah D'Serai Cathering dan Waza Moto Sport .



Boleh di katakan peserta R4M 2020 terdiri dari pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Semenanjung Malaysia.


Menurut Timbalan Presiden ABB, Ramli Badron, selain acara tahunan R4M, ABB juga ada visi untuk bikers . Ianya dalam bentuk 'Siap Siaga" sebelum menunggang secara solo atau berkonvoi.

Apakah Visi ABB?

1.Mengadakan kursus pengendalian motosikal berkuasa tinggi (Advance Training).

2.Menjalinkan hubungan baik dengan pengamal media yang selama ini banyak membantu ABB.

3.Mengadakan konvoi  baik didalam kumpulan kecil atau besar sekerap mungkin.Ini bertujuan mendidik bikers memahami apa itu "Konsep Berkonvoi".


Keunikan konvoi R4M terserlah. Jawapan yang positif dari peserta yang di temubual, ada yang mengakui pengalaman menyertai R4M bukan mudah untuk dilupakan.


Bagi mereka beriadah dan berkonvoi ke sesuatu lokasi itu adalah lumrah.

Namun berkonvoi sambil mendaki serta menurun dari kemuncak yang tinggi tanpa di berikan peluang memotong itu merupakan cabaran.


Majoriti peserta berpuashati dengan cara pengendalian Ketua Konvoi dan tim ABB.Tiada kmpromi semasa konvoi. Peserta ditekankan dengan displin dan patuhi arahan yang ditetapkan.

Ride 4 Mountain bukanlah satu penyeksaan kepada mereka yang berhajat menyertainya.Keseronokan timbul bila setiap arahan di patuhi.


Kenangan tidak mudah dilupakan apabila misi tercapai dengan jayanya.


Jalinan persahabatan terserlah disamping berkongsi minat dan pengalaman.


Syabas dan tahniah buat ABB d atas kejayaan menjayakan program Ride 4 Mountain.







Isnin, 13 Januari 2020

3 Model Terkini Honda - Tembus Pasaran Malaysia




Boon Siew Honda memulakan Tahun Baru 2020 dengan memperkenalkan segmen motosikal premium di Malaysia dengan melancarkan tiga motosikal utama baru.

CBR1000RR-R SP Fire Blade
Nampaknya Honda mempunyai senjata terkini untuk penunggang yang suka beraksi di litar iaitu Honda CBR1000RR-R SP Fireblade. Namun Honda juga tidak menghampakan peminat yang gemar segmen mengembara.

CRF1100L Africa Twin (kiri) dan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports(kanan)
Honda CRF1100L Africa Twin dan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports turut dipertontonkan semasa pelancaran tiga model utama tahun 2020 kepada media.

GL 1800 Gold Wing
Honda GL 1800 Gold Wing dengan penambahbaikan dari segi kosmetik, kawalan semasa pergerakan perlahan di pertingkatkan dan tiada kejutan semasa penukaran gear.

Model-model ini boleh didapati di semua kedai Honda Big Wing dari suku kedua tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda, En. Keiichi Yasuda berkata pelancaran model-model utama ini menandakan Honda yakin dengan pasaran Malaysia.

Malaysia merupakan negara yang pertama melancarkan model-model 2020 ini di rantau Asia dan Oceania.

Senarai Harga Model 2020 Yang DiTawarkan:-

1.Honda CBR1000RR-R SP Fireblade RM198,800



2.Honda CRF1100L Africa Twin RM98,888


3.Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports (Manual) RM111,888


4.Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports (DCT) RM117,888


5.Honda GL 1800 Gold Wing RM 208,800

Khamis, 19 Disember 2019

KL Bike Week Tahun Terakhir Beraksi?



Penganjur sudah membuat kenyataan 2019 merupakan tahun terakhir bagi acara KL Bike Week. Apakah ini menandakan KL Bike Week akan berkubur?

Acara KL Bike Week yang akan menyambut ulangtahun ke 10 pada tahun ini akan berlangsung di Bandar Malaysia,Jalan Lapangan Terbang Sg Besi. Acara selama dua hari iaitu 20-21 dis nanti.

"The End Of Chapter One", itu luahan penganjur KL Bike Week Muhd Idi Iskandar. Jelas di sini KL Bike Week belum pasti akan berakhir pada tahun 2019 atau bakal meneruskan pada tahun berikutnya.

Ini bermaksud setelah 10 tahun acara berlangsung itu adalah 'Chapter One". Seandainya di teruskan pada tahun mendatang akan bermula siri baru di dalam "Chapter Two".

Penganjur bersama barisan penaja KL Bike Week 2019
Pertunjukkan Belon Udara Panas, persembahan oleh band Indie, Pameran dari pelajar UITM Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Teknoloji.

Cabuk Swap Meet di mana peniaga barang antik dan unik akan mepertontonkan hasil mereka. Retro Havoc Gathering Vol.2 juga turut berada sepanjang KL Bike Week 2019.

Dijangka sebanyak 400 buah kereta antik dan klasik akan di pamerkan.Seperti biasa pertandingan Motosikal Kustom akan diadakan yang membabitkan beberapa kategori.

Tetamu yang hadir semasa sidang media 10th Annviersary KL Bike Week
KL Bike Week kali ini mendapat sepenuh sokongan dari penaja seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,Route 77 Harley Davidson, Harley Davidson P.J serta Utama Motor Sdn Bhd.

Lanskarbonas Sdn Bhd, Gobox Concept Sdn Bhd dan Bubble 02 Drinks Sdn Bhd juga antara penaja yang turun padang menyerikan lagi kemeriahan acara 10th Aniversary KL Bike Week.


Rabu, 7 Ogos 2019

International Royal Enfield Jamboree 2019 - Di Bali Bulan Ini



Komuniti motosikal Royal Enfield Indonesia, Royal Riders Indonesia (RoRI)  akan mengadakan Jambore Royal Enfield Antarabangsa 2019.

Acara yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Ogos 2019, bertempat di Bali.

Dijangka peserta dari luar negara akan turut serta memeriahkan acara tersebut memandangkan ianya bertaraf antarabangsa.

National Presiden Royal Riders Indonesia, Donny Hendaris menjelaskan bahawa Jamboree Royal Enfield Antarabangsa tahun ini akan menerima pengunjung anggaran 2000 hingga 3000 orang.


"Bukan sahaja dari Indonesia, pemilik Royal Enfield dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, India, Singapura dan Malaysia di jangka akan hadir diacara," ujar Donny.

Pada Jamboree Royal Enfield 2019 kali ini, RoRI mengutamakan 3 aspek utama iaitu, persahabatan antara negara, budaya Indonesia, dan pemuliharaan alam sekitar.

Lokasi Royal Enfield Jamboree Antarabangsa 2019  ialah di Melasti Beach, Ungasan, Bali.

Menurut Pengarah Komunikasi Antarabangsa Royal Enfield Jamboree 2019, Joseph Sinaga."Kami mahu memperkuat hubungan antara pencinta Royal Enfield dan dua roda di rantau Asia Pasifik,"


Juga memperkenalkan kepelbagaian budaya Nusantara dan bersama-sama menjemput para peserta untuk melindungi alam sekitar melalui pembersihan pantai Melasti,

"Ini adalah satu bentuk pengabdian dalam melindungi alam sekitar destinasi pelancongan utama Indonesia, iaitu Bali," ujar Joseph.

Bagi anda yang berminat menyertai Antarabangsa Royal Enfield Jamboree 2019, Anda boleh layari laman sesawang royalriders.id.


Terdapat 3 jenis pendaftaran yang boleh dilakukan. Pertama, pendaftaran adalah percuma, manakala kedua adalah pendaftaran dengan kit rider A,

Kemudian pendaftaran dengan kit penunggang B, dan akhirnya dengan kit rider C.

International Royal Enfield Jamboree 2019 bukan sahaja khusus untuk pemilik motosikal Royal Enfield malah terbuka kepada orang ramai.

Jadi, siapa yang tertarik dengan International Royal Enfield Jamboree 2019  di Bali, sila layari laman sesawang royalriders.id.


Sabtu, 13 Julai 2019

Honda X-ADV 750 Buktikan Kehebatan Di Perlumbaan Gibraltar


Pelumba Veteran Paris-Dakar, Renato Zocchi telah membuktikan Honda X ADV 750 sebuah skuter yang mampu bersaing dengan motosikal Adventure di dalam perlumbaan Off road yang ekstrim.

Semestinya ramai yang tidak terfikir skuter tersebut mampu menewaskan versi adventure yang terserlah kehebatan masing-masing.


Kemenangan besar untuk Honda X-ADV 750 dari perlumbaan Gibraltar dengan menduduki tempat Pertama dalam Kelas 2 (601cc - 950cc) dan keseluruhan tempat  ke 7.

Saingan sengit di kelas 2 dari motosikal Adventure lain seperti Super Enduro KTM 950 ,790 Adventure R, Husqvarna Enduro 701 dan BMW GS 800 F.

Ini adalah kali kedua Renato Zocchi di Perlumbaan Gibraltar dengan Honda X-ADV 750.Menurut Renato Zocchi percubaan kali pertama menyertai perlumbaan Gibraltar pada tahun lepas telah membuahkan hasil pada tahun ini.


Memasuki tahun keempat, Perlumbaan Gibraltar terkenal dengan keadaannya yang mencabar. Dengan jarak 300 hingga 600 kilometer panjang. Hampir keseluruhan jalan adalah off road.

Beberapa peningkatan dari Honda termasuk elektronik yang lebih canggih. Seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan mod off-road yang mengoptimumkan kawalan daya dan daya tarikan untuk keadaan menunggang .


Zocchi juga menggunakan sistem ekzos SC-Project dan mono shock Ohlins untuk Honda X-ADV. 750 yang di gunakan.

Tayar Anlas Capra X yang disesuaikan dengan rim BartTubeless turut dipasangkan kepada skuter tersebut.


Zocchi berkata, dengan teknologi terkini dari Honda dan keyakinan yang tinggi terhadap skuter yang ditungganinya adalah faktor yang menghasilkan kejayaan.






Ahad, 19 Mei 2019

SAMA - Menyatukan Bikers Di Sarawak


SARAWAK MOTORCYCLE ASSOCIATION atau ringkasnya SAMA. “Tsunami” terkini di Bumi Kenyalang yang membawa satu petanda positif buat kelab motosikal dan ahlinya.

Bila diimbas kembali bukannya satu isu yang mudah.Menyatukan 97 kelab motosikal dengan pelbagai fahaman agama,adat dan bangsa serta bermacam jenis motosikal.Sudah pasti memakan masa yang agak lama bagi merelisasikan impian tersebut.


Jangan terkejut, ketokohan dan pengaruh seorang Wanita akhirnya memberi nafas baru kepada pemilik dua roda di negeri Sarawak. Perancangan dalam masa yang singkat telah membuahkan hasil yang tidak terduga.

Satu perjumpaan dengan semua presiden kelab motosikal di seluruh negeri Sarawak telah diadakan pada penghujung April.Perjumpaan dengan satu tujuan iaitu penyatuan dan memajukan lagi dunia permotoran di Bumi Kenyalang.


SAMA, platform yang neutral,tiada persaingan,tiada perbezaan kaum,bangsa,dan agama serta tiada agenda politik. Kelonggaran diberikan kepada kelab yang bernaung di bawah SAMA, iaitu bebas menjalankan aktiviti kelab dan tidak terikat dengan SAMA.

Antara kelebihan bernaung di bawah SAMA ialah mendapat suntikan “Dana” seandainya kelab ingin menganjurkan sebarang aktiviti.


Perlindungan insuran,nasihat bantuan perundangan, itu merupakan perancangan masa depan SAMA bagi kelab dan ahli yang bernaung di bawahnya.

Tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada kelab dan ahli yang bernaung di bawah SAMA. Di yakini dengan wujudnya SAMA, sebarang aktiviti permotoran di Sarawak akan tersebar kepada rakan permotoran di Semenanjung serta luar negara.


Kerana sebelum ini kurangnya info tentang dunia permotoran di Sarawak.Terpampang di media cetak dan media sosial hanyalah kisah Bike Week dan aktiviti kelab yang agak terhad.

Penyatuan terancang di wakili pelbagai bangsa, mewujudkan sifat toleransi dengan minat yang sama. “Kita Rami,Kita Kuat”, merupakan slogan yang tepat bagi SAMA.


Tahniah buat Datin Sri Hajah Elly Zalilah Hj Md Yusof, yang dilantik sebagai Presiden SAMA serta pencetus idea bagi penyatuan kelab-kelab motosikal di Sarawak.