Ahad, 20 Januari 2019

WOM - Promosi JIBW 2019




Bulan Mac 2019, merupakan bulan pertempuran bagi acara Bike Week.Saban minggu peminat 2 roda boleh memilih destinasi mengikut citarasa masing-masing.


Kalau di minggu pertama bulan Mac acara 1st Serian Bike Week nun jauh di Borneo, Minggu kedua bulan yang sama sekali lagi menyaksikan acara yang sama akan berlangsung di Selatan Semenanjung.

S.U. JIBW,Khairil menyampaikan taklimat 
Johor International Bike Week 2019, akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang,Johor pada 8,9 dan 10 Mac. Menurut naib pengerusi program Dato Jamal, tim promosi JIBW telah memulakan langkah mempromosikan program bermula dari bulan Dis 2018.

Naib Pengerusi JIBW2019 bergambar kenangan dengan Hj Azwan Pemilik WOM
Jemputan resmi kepada grup/kelab motosikal di Indonesia,Brunei dan Singapura telah diadakan. 3 negara jiran tersebut merupakan sasaran terawal semenjak kempen promosi di mulakan.JIBW dianjurkan oleh Persatuan Permotoran Negeri Johor atau lebih di kenali sebagai "JOHOR BIKERS".

Pengerusi JIBW 2019 Hj Rock menyampaikan jemputan rasmi kepada Hj Azwan
Bermula 19 Jan,tim promosi JIBW melibatkan 31 buah motosikal bermula dari Johor Baharu akan menjelajah ke seluruh negeri di semenanjung  dalam misi mempromosikan JIBW 2019.

Tim JIBW 2019 Bergambar kenangan dengan wakil bikers di WOM
World Of Motions (WOM) yang bertempat di Layby 4,lebuhraya Damansara Puchong, merupakan destinasi persinggahan tim promosi JIBW 2019 bagi Kuala Lumpur dan Selangor.Hampir 200 pemilik motosikal berkuasa tinggi hadir.

Pendaftaran di buka semasa Promosi JIBW di WOM
Kaunter pendaftaran juga dibuka oleh tim promosi bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin mendaftar awal sebelum program bermula.

Grup Ducati abadikan kenangan dengan Hj Rock dan Dato Jamal
Menurut Dato Jamal,pendaftaran hanya dihadkan setakat 1,500 sahaja setakat ini. Dan pihak penganjur akan memberikan info terkini jika ada sebarang perubahan.

Hadiah Utama - BMW G310R
Hadiah lumayan menanti pemenang cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal BMW G310R yang bernilai hampir Rm 30,000.Jadi rebutlah peluang dengan mendaftar secepat mungkin.Tahniah kepada "JOHOR BIKERS'  yang di terajui oleh Tn Hj Abd Rahim atau lebih mesra di panggil Hj Rock.

Kepada pemilik 2 roda yang ingin berjumpa dan mendaftar,Kami sertakan jadual tim promosi .













Sabtu, 19 Januari 2019

1st Serian International Bike Week



Sejarah bakal tercatat di Tasik Danu Serian pada awal bulan mac nanti.Serian bakal menerima kunjungan dari ribuan penunggang motosikal dari seluruh Borneo dan tidak ketinggalan dari semenanjung.

Cetusan idea Shafwan Mahri selaku Pengerusi Penganjur,1st International Serian Bike Week, akan menjadi penanda aras perhimpunan pemilik,peminat serta penduduk setempat yang meminati motosikal.

Merapatkan tali silatulrahim dan mengeratkan persaudaraan itu menjadi matlamat utama penganjuran. 10,000 pengunjung termasuk dari negara jiran Brunei dan Indonesia adalah sasaran penganjur.Kerana ini merupakan kali pertama Serian mengadakan acara perhimpunan motosikal tanpa mengira jenis dan kuasa.

Dengan munculnya acara 1st Serian Inernational Bike Week ini, bermakna bertambah satu lagi pusat kunjungan ke negeri Sarawak dalam kalendar pengunjung dari luar Borneo.

Penganjuran bersama PER3 dengan kerjasama Serian Motor Club (SMC), yang bakal berlangsung bermula pada 1,2 dan 3 mac nanti  dijangka menampilkan kelainan demi memantapkan lagi acara.

Program yang menyajikan beberapa acara menarik di jamin tidak akan menjemukan pengunjung.Antara acara yang di adakan ialah pertandingan FSIBW RC Powerboat Open Race 2019,Mr Badan Cantik,Miss Serian Bike Week 2019,Battle Of The Band,Bikeshow dan Bengkel Memanah.

Demi lebih memantapkan program,Mus May serta 3 lagi artis dari semenanjung akan menyajikan persembahan di sepanjang acara. 1st Serian Bike Week sememangnya menjanjikan kelainan.

Pertama kalinya di dalam sejarah program Bike Week yang di adakan di negeri Sarawak, rombongan artis dangdut seramai 8 orang dari negara jiran iaitu Indonesia akan membuat persembahan bagi memeriahkan acara.

Bukan setakat habis di situ,namun penganjur juga mengadakan acara santai iaitu Pameran binatang Exotic,konvoi bermotosikal,cabutan bertuah dan pentas santai berkaraoke.

Keterangan lebih lanjut boleh menghubungi nama-nama yang tertera di bawah:-

1) Ayah Shaf   - 013-5725858
2) Cikgu Mi    - 013-9933230
3) Ali              - 017-5004048