Khamis, 19 Disember 2019

KL Bike Week Tahun Terakhir Beraksi?



Penganjur sudah membuat kenyataan 2019 merupakan tahun terakhir bagi acara KL Bike Week. Apakah ini menandakan KL Bike Week akan berkubur?

Acara KL Bike Week yang akan menyambut ulangtahun ke 10 pada tahun ini akan berlangsung di Bandar Malaysia,Jalan Lapangan Terbang Sg Besi. Acara selama dua hari iaitu 20-21 dis nanti.

"The End Of Chapter One", itu luahan penganjur KL Bike Week Muhd Idi Iskandar. Jelas di sini KL Bike Week belum pasti akan berakhir pada tahun 2019 atau bakal meneruskan pada tahun berikutnya.

Ini bermaksud setelah 10 tahun acara berlangsung itu adalah 'Chapter One". Seandainya di teruskan pada tahun mendatang akan bermula siri baru di dalam "Chapter Two".

Penganjur bersama barisan penaja KL Bike Week 2019
Pertunjukkan Belon Udara Panas, persembahan oleh band Indie, Pameran dari pelajar UITM Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Teknoloji.

Cabuk Swap Meet di mana peniaga barang antik dan unik akan mepertontonkan hasil mereka. Retro Havoc Gathering Vol.2 juga turut berada sepanjang KL Bike Week 2019.

Dijangka sebanyak 400 buah kereta antik dan klasik akan di pamerkan.Seperti biasa pertandingan Motosikal Kustom akan diadakan yang membabitkan beberapa kategori.

Tetamu yang hadir semasa sidang media 10th Annviersary KL Bike Week
KL Bike Week kali ini mendapat sepenuh sokongan dari penaja seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,Route 77 Harley Davidson, Harley Davidson P.J serta Utama Motor Sdn Bhd.

Lanskarbonas Sdn Bhd, Gobox Concept Sdn Bhd dan Bubble 02 Drinks Sdn Bhd juga antara penaja yang turun padang menyerikan lagi kemeriahan acara 10th Aniversary KL Bike Week.


Rabu, 7 Ogos 2019

International Royal Enfield Jamboree 2019 - Di Bali Bulan Ini



Komuniti motosikal Royal Enfield Indonesia, Royal Riders Indonesia (RoRI)  akan mengadakan Jambore Royal Enfield Antarabangsa 2019.

Acara yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Ogos 2019, bertempat di Bali.

Dijangka peserta dari luar negara akan turut serta memeriahkan acara tersebut memandangkan ianya bertaraf antarabangsa.

National Presiden Royal Riders Indonesia, Donny Hendaris menjelaskan bahawa Jamboree Royal Enfield Antarabangsa tahun ini akan menerima pengunjung anggaran 2000 hingga 3000 orang.


"Bukan sahaja dari Indonesia, pemilik Royal Enfield dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, India, Singapura dan Malaysia di jangka akan hadir diacara," ujar Donny.

Pada Jamboree Royal Enfield 2019 kali ini, RoRI mengutamakan 3 aspek utama iaitu, persahabatan antara negara, budaya Indonesia, dan pemuliharaan alam sekitar.

Lokasi Royal Enfield Jamboree Antarabangsa 2019  ialah di Melasti Beach, Ungasan, Bali.

Menurut Pengarah Komunikasi Antarabangsa Royal Enfield Jamboree 2019, Joseph Sinaga."Kami mahu memperkuat hubungan antara pencinta Royal Enfield dan dua roda di rantau Asia Pasifik,"


Juga memperkenalkan kepelbagaian budaya Nusantara dan bersama-sama menjemput para peserta untuk melindungi alam sekitar melalui pembersihan pantai Melasti,

"Ini adalah satu bentuk pengabdian dalam melindungi alam sekitar destinasi pelancongan utama Indonesia, iaitu Bali," ujar Joseph.

Bagi anda yang berminat menyertai Antarabangsa Royal Enfield Jamboree 2019, Anda boleh layari laman sesawang royalriders.id.


Terdapat 3 jenis pendaftaran yang boleh dilakukan. Pertama, pendaftaran adalah percuma, manakala kedua adalah pendaftaran dengan kit rider A,

Kemudian pendaftaran dengan kit penunggang B, dan akhirnya dengan kit rider C.

International Royal Enfield Jamboree 2019 bukan sahaja khusus untuk pemilik motosikal Royal Enfield malah terbuka kepada orang ramai.

Jadi, siapa yang tertarik dengan International Royal Enfield Jamboree 2019  di Bali, sila layari laman sesawang royalriders.id.


Sabtu, 13 Julai 2019

Honda X-ADV 750 Buktikan Kehebatan Di Perlumbaan Gibraltar


Pelumba Veteran Paris-Dakar, Renato Zocchi telah membuktikan Honda X ADV 750 sebuah skuter yang mampu bersaing dengan motosikal Adventure di dalam perlumbaan Off road yang ekstrim.

Semestinya ramai yang tidak terfikir skuter tersebut mampu menewaskan versi adventure yang terserlah kehebatan masing-masing.


Kemenangan besar untuk Honda X-ADV 750 dari perlumbaan Gibraltar dengan menduduki tempat Pertama dalam Kelas 2 (601cc - 950cc) dan keseluruhan tempat  ke 7.

Saingan sengit di kelas 2 dari motosikal Adventure lain seperti Super Enduro KTM 950 ,790 Adventure R, Husqvarna Enduro 701 dan BMW GS 800 F.

Ini adalah kali kedua Renato Zocchi di Perlumbaan Gibraltar dengan Honda X-ADV 750.Menurut Renato Zocchi percubaan kali pertama menyertai perlumbaan Gibraltar pada tahun lepas telah membuahkan hasil pada tahun ini.


Memasuki tahun keempat, Perlumbaan Gibraltar terkenal dengan keadaannya yang mencabar. Dengan jarak 300 hingga 600 kilometer panjang. Hampir keseluruhan jalan adalah off road.

Beberapa peningkatan dari Honda termasuk elektronik yang lebih canggih. Seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan mod off-road yang mengoptimumkan kawalan daya dan daya tarikan untuk keadaan menunggang .


Zocchi juga menggunakan sistem ekzos SC-Project dan mono shock Ohlins untuk Honda X-ADV. 750 yang di gunakan.

Tayar Anlas Capra X yang disesuaikan dengan rim BartTubeless turut dipasangkan kepada skuter tersebut.


Zocchi berkata, dengan teknologi terkini dari Honda dan keyakinan yang tinggi terhadap skuter yang ditungganinya adalah faktor yang menghasilkan kejayaan.






Ahad, 19 Mei 2019

SAMA - Menyatukan Bikers Di Sarawak


SARAWAK MOTORCYCLE ASSOCIATION atau ringkasnya SAMA. “Tsunami” terkini di Bumi Kenyalang yang membawa satu petanda positif buat kelab motosikal dan ahlinya.

Bila diimbas kembali bukannya satu isu yang mudah.Menyatukan 97 kelab motosikal dengan pelbagai fahaman agama,adat dan bangsa serta bermacam jenis motosikal.Sudah pasti memakan masa yang agak lama bagi merelisasikan impian tersebut.


Jangan terkejut, ketokohan dan pengaruh seorang Wanita akhirnya memberi nafas baru kepada pemilik dua roda di negeri Sarawak. Perancangan dalam masa yang singkat telah membuahkan hasil yang tidak terduga.

Satu perjumpaan dengan semua presiden kelab motosikal di seluruh negeri Sarawak telah diadakan pada penghujung April.Perjumpaan dengan satu tujuan iaitu penyatuan dan memajukan lagi dunia permotoran di Bumi Kenyalang.


SAMA, platform yang neutral,tiada persaingan,tiada perbezaan kaum,bangsa,dan agama serta tiada agenda politik. Kelonggaran diberikan kepada kelab yang bernaung di bawah SAMA, iaitu bebas menjalankan aktiviti kelab dan tidak terikat dengan SAMA.

Antara kelebihan bernaung di bawah SAMA ialah mendapat suntikan “Dana” seandainya kelab ingin menganjurkan sebarang aktiviti.


Perlindungan insuran,nasihat bantuan perundangan, itu merupakan perancangan masa depan SAMA bagi kelab dan ahli yang bernaung di bawahnya.

Tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada kelab dan ahli yang bernaung di bawah SAMA. Di yakini dengan wujudnya SAMA, sebarang aktiviti permotoran di Sarawak akan tersebar kepada rakan permotoran di Semenanjung serta luar negara.


Kerana sebelum ini kurangnya info tentang dunia permotoran di Sarawak.Terpampang di media cetak dan media sosial hanyalah kisah Bike Week dan aktiviti kelab yang agak terhad.

Penyatuan terancang di wakili pelbagai bangsa, mewujudkan sifat toleransi dengan minat yang sama. “Kita Rami,Kita Kuat”, merupakan slogan yang tepat bagi SAMA.


Tahniah buat Datin Sri Hajah Elly Zalilah Hj Md Yusof, yang dilantik sebagai Presiden SAMA serta pencetus idea bagi penyatuan kelab-kelab motosikal di Sarawak.

Ahad, 5 Mei 2019

Permulaan Melepasi Sasaran - KIBF 2019


Bandar Mati.Itu ungkapan yang boleh di definasikan kepada Bandar Pasir Puteh.Jajahan yang bersempadan dengan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu pintu masuk ke Kelantan.

Demi memperkenalkan serta menghidupkan Jajahan Pasir Puteh di Mata pelancong,satu program yang melibatkan pemilik motosikal telah diadakan.Ini merupakan satu usaha sokongan ke arah menarik pelancong berkunjung ke Kelantan amnya dan Pasir Puteh khasnya.

Kelantan yang mendapat jolokan "Serambi Mekah" tidak pernah menyekat sebarang aktiviti melibatkan permotoran. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung mestilah mengikut garis panduan.

Kelantan Islamic Bike Fest 2019.Program yang julung kali diadakan di Jajahan Pasir Puteh. Program yang diperkenalkan melalui idea bersama Azrul Khalid dan Pasir Puteh Bikers Club.

Penganjuran ini mendapat kerjasama dari Majlis Daerah Pasir Puteh,Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh serta agensi kerajaan yang turut terlibat ialah PDRM,AADK,Kesihatan,Farmasi Hospital Tengku Anis,Tabung Darah Negara Cawangan Pasir Puteh,JPJ,dan Air Kelantan(AKSB).

Kolaborasi antara semua agensi terlibat dengan Pasir Puteh Bikers Club telah berjaya mengamit 2000 pengunjung terutamanya pemilik motosikal dari pelbagai jenis datang ke Bandar Baru,Pasir Puteh dimana lokasi acara di adakan.

Program hasil usaha Pasir Puteh Bikers Club ini, jelas tidak menyusahkan Kerajaan Negeri.Ini diperakui oleh Dato' Hj Hassan Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat,Kebudayaan,Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.

Beliau juga mengalu-alukan agar program yang serupa dapat di teruskan lagi dari masa ke semasa.demikian ucapan Dato' Hj Hassan Mohamood semasa merasmikan Kelantan Islamic Bike Fest 2019.

Seperti mana-mana penganjuran acara perhimpunan permotoran,dana merupakan isu yang paling penting.Kekurangan serta suntikan "DANA" adalah aset yang didambakan oleh setiap penganjur.Kejayaan acara perhimpunan motosikal bergantung kepada 'DANA'.

Pelbagai aktiviti boleh di jalankan dan gerak kerja boleh di selaraskan secara sistematik dengan "DANA" yang mencukupi.Apatah lagi program perhimpunan motosikal yang nyata berbeza dari program yang pernah diadakan.

Antara penaja yang turut membantu dalam menjayakan program paling muda di kelantan ini ialah Syarikat Keropok Cap Menara,RSL Motor Grup,Abk Bikers Garage.Penglibatan Trafik IPD Pasir Puteh di ketuai oleh Inspektor Zarul beserta 10 anggota dalam melicinkan perjalanan lalulintas.

Persembahan artis tempatan, Aris Kapila,,Man Khan dan Jemi Intan Berlian,Kumpulan Dikr Barat Tuan Kob Raja Saring,Kumpulan Legasi Pak Agil serta Kumpulan Qasidah sememangnya mengikut garis panduan Islamik,penuh tatasusila dan menerapkan nilai-nilai Islam.

Persembahan Tambor dari 16 RAMD juga berjaya menarik kehadiran pengunjung ke KIBF 2019 yang dalam usaha mempromosikan Bandar Pasir Puteh.

Kepada penganjur syabas  di ucapkan. Permulaan program tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan. Itu adalah cabaran yang perlu di sahut demi memperbaiki serta menambahbaikkan program yang bakal di adakan akan datang.

Ahad, 7 April 2019

Acara Perhimpunan Motosikal No 1 Di Malaysia - TBW 2019


"Adui ramai betul orang yang datang,saya belum pernah tengok acara permotoran sebegini ramai pengunjungnya" itu kata-kata Azri, vendor dari Kuching,Sarawak yang baru pertama kali datang ke  Terengganu Bike Week.



Susunan acara perhimpunan motosikal di seluruh Malaysia begitu cantik pada bulan Mac.Di mulai dengan 1st Serian International Bike Week ,Johor International Bike Week,Kedah International Bike Week dan Terengganu Bike Week penutup tirai.


Tester telah diberi mandat untuk membuat liputan bagi keempat acara tersebut. Setiap penganjur mempunyai kekuatan tersendiri,baik dari segi promosi,jemputan dan aturcara yang disusunatur demi kepuasan pengunjung.


Dapat diperhatikan,setiap penganjur acara akan menerapkan unsur pelancongan.Ini satu idea yang bernas,terdapat satu ruang dalam mempromosikan lokasi menarik yang bakal mengamit kembali pemilik motosikal terutama dari luar untuk berkunjung semula.


Penganjuran kali ke 8 oleh Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu(PGPNT) bermula 29 mac dan berakhir pada 31 mac lalu.TBW 2019, menerima tetamu istimewa dari Negara Gajah Putih iaitu Gabenur Phatalung,Mr Kukiat Wongkraput dan isteri beserta rombongan seramai 60 orang.


Kolaborasi antara PGPNT dengan Jabatan Pelancungan Negeri Terengganu telah membuahkan hasil yang menaikkan martabat TBW 2019.Tidak dinafikan kehadiran pemilik motosikal ke TBW2019 melebihi dari tahun sebelumnya.


Julungkalinya seramai 10 orang pemilik motosikal dari Brunei,7 orang dari Indonesia,4 orang dari Vietnam dan 3 orang dari Filipina hadir ke TBW2019.Ini membuktikan acara TBW telah tersebar jauh ke selurh Asia Tenggara.


Seperti yang dijanjikan,TBW2019 telah mengejutkan pemilik motosikal yang menyertai kunjungan ke Pulau Ketam. Mereka telah di beri peluang menaiki bot penambang yang menyusuri Sungai Terengganu disamping melihat keindahan Masjid Kristal serta pelbagai tempat yang menarik persekitarannya.


Program Sembang Santai bersama penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus,merupakan satu lagi kejutan yang di tampilkan oleh penganjur TBW.Seperti kebiasan kemunculan stunt dari KTM yang juga Jaguh Asia acara Supermotard iaitu Gabit memukau penonton dengan aksi stuntnya.


Majlis makan malam seta pelancaran acara telah di lakukan oleh wakil Menteri Besar Terengganu iaitu, En Ariffin Deraman,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan dan Teknoloji negeri Terengganu.


Beberapa kejutan oleh penganjur di majlis makan malam tersebut anatarnya kehadiran Pengusaha Kosmetik Qu Puteh ,Dato Seri Vida(DSV), Anugerah Otai Bikers kepada Hj Abd Rahim(Hj Rock) Presiden Johor Bikers dan pelancaran rasmi ECMC MG yang diadakan di Duyong Marina & Resort.


Acara sebegini harus di teruskan demi menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Terengganu.Kerjasama dari kerajaan negeri didambakan bersesuaian dengan Slogan TERENGGANUKU COMEL.


Pelbagai pihak swasta turut menceriakan acara dengan penajaan antaranya ialah,BMW Motorad,Ck Motoworld,Iron Head MG,Double Site Marketing,AMR Cranes Services,GIVI,Kerjasama padu dari pelbagai ajensi kerajaan iaitu PDRM,JPJ,ATM,Bomba,Kesihatan ,MBKT,Syarikat Air Terengganu dan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan negeri Terengganu.


Tahniah kepada YAM TENGKU SRI TEMENGGONG RAJA,DATO SRI TENGKU BAHARUDDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD AL MUKTAFI BILLAH SHAH.
Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dan komiti TBW2019.


TBW2019 berhak di nobatkan Acara Perhimpunan Permotoran No 1 di Malaysia.Kehadiran pengunjung melebihi dari 40,000 orang.










Isnin, 1 April 2019

Janji Mau Pulaih - Melepasi Sasaran



Baru pertama kali diadakan.Pelbagai hal yang perlu di uruskan,bantuan kawan-kawan di dambakan.Adakah lokasi acara Taman Jubli Emas tidak sesuai atau apakah berbaloi hasil usaha mereka selama 3 bulan?


Kedah International Bike Week 2019.Satu acara yang muda di kalangan acara perhimpunan motosikal di Semenanjung Tanah Air.Namun mutakhir ini peminat dua roda tidak lagi menghiraukan isu-isu yang mengeruhkan keceriaan dunia permotoran di Malaysia.

Siapa penganjur? Pakai motosikal atau tidak? Ahli kelab mana? Motosikal apa penganjur pakai? Kebarangkalian soalan sebegini akan timbul dari segelintir yang tidak mendapat informasi secara tepat dan telus berhubung kait isu semasa dan sebenar.


Warna-warni dunia permotoran di Malaysia ini cukup indah.Di mana kita dapati pelbagai profesion,pelbagai bangsa dan ugama,pelbagai lapisan usia menuju kearah satu minat iaitu jentera "Dua Roda".Tiada kedengaran pertumpahan darah sesama grup atau kelab permotoran di negara kita.



Isu-isu yang tipis,isu-isu yang di viralkan melalui pelbagai saluran media cetak mahupun media sosial,ibarat masuk kanan keluar kiri.Usah di beratkan kepala dengan memikirkan perihal yang mendatangkan kemunduran,zaman semakin maju dan teknoloji pun semakin canggih.

Prinsip tersebut merupakan punca kejayaan penganjuran Kedah International Bike Week 2019.Jumlah kehadiran merupakan aset yang penting dalam penentuan acara ini.


Cuaca panas yang melampau sepanjang 3 hari acara bukanlah penghalang buat pengunjung.Apatah lagi pengunjung tempatan.
Kekuatan dalam mempromosikan acara ternyata berhasil dengan kehadiran di luar jangkaan.


Stylo Republic Sdn Bhd,pemiliknya juga seorang bikers iatu Mohd Zaki Salleh berjaya membuktikan iaitu penganjuran acara perhimpunan motosikal julung kalinya, tanpa pengalaman tidak semestinya menemui kegagalan.


Bantuan rakan-rakan permotoran iatu Otai Bikers,FRB,Penang Bikers dan BMWMCM yang bertungkus lumus dalam menentukan kelancaran acara serta sokongan padu dari Kelab Harley Utara Grup(HUG) adalah penyuntik semangat bagi Mohd Zaki.

Acara yang mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri.Acara yang di nobatkan sebagai acara tahunan negeri Kedah.Kehadiran pengunjung luar khasnya pemilik motosikal dari negara jiran cukup membanggakan.

Antaranya ialah Brunei, Singapura,Thailand,Indonesia,Phillipina,Myanmar serta pemilik jentera dua roda dari dalam negara.


Pengunjung turut terhibur dengan persembahan artis yang dibawakan oleh Retro Station.Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut di sediakan.Benelli Rfs 150i ,Honda EX5 dan,Motor Eletrik menjadi rebutan pengunjung.


Turut menghiburkan ialah persembahan stunt dari Illyia Iryani yang menggunakan motosikal Benelli TnT 135.Honda,KTM ,GIVI, Roda Prestasi,Bike Station juga turut menyumbang bagi menjayakan acara.

Sumbangan juga turut di perolihi dari Exco Pelancongan,Hayat Global dan Dato Syed.Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai jenis motosikal yang di sediakan oleh wakil pengedar motosikal yang turut membuka booth di sepanjang acara berlangsung.


El Chong BMW Motorad,Benelli,SYM,Honda Big Wing(Penang),Ducati,Roda Prestasi,GPX,


Kawasaki dan Harley Davidson,Bike Station serta tidak ketinggalan GIVI dan Red Bull.


PDRM tidak ketinggalan dalam memeriahkan acara,Pihak trafik telah membuka kaunter pembayaran Saman kepada pengunjung yang hadir bersempena Hari Polis.


Kehadiran tetamu VVIP menambahkan keceriaan acara tersebut,antaranya ialah Tengku Temenggung Kedah,Dato'Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz,YB Mohd Asmirul Anuar Aris Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Seni & Budaya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Kedah.


Majlis pelancaran telah di lakukan oleh YB Mohd Asmirul pada majlis makan malam di tapak acara.


Kehadiran pelawak terkenal Lan Pet-Pet,dan rombongan promosi filem bikers kental di ketuai oleh Dato Awie dan Dato Afdlin Shauki memberi impak yang positif kepada acara tersebut.


Kepada Mohd Zaki dan 40 krew yang bertungkus lumus menjayakan Kedah International Bike Week 2019 di ucapkan tahniah.Kekentalan,kedegilan dan kejayaan menepiskan segala halangan cukup terpuji.


Tanpa Anda semua kemungkinan pemilik motosikal dari negara luar seperti Brunei, Indonesia,Phillipina,Myanmar tidak mengenali Negeri Kedah.Pelbagai sumbangan di terima dari penaja yang turut menceriakan acara perhimpunan motosikal terbesar di Negeri Kedah.

Antara penajanya ialah Mforce Bike Holding Sdn Bhd,Honda Big Wing(Penang),Roda Prestasi,GIVI,Bike Station,Adqua Tyre,Hajjah Halijah,Adik,KB Soon Huat,Hotel Jannah(Bertam),Hype Hotel(Nilai) dan Abba Motor.






Isnin, 25 Mac 2019

Negeri cantik,Bikersnya Baik-Baik




TERENGGANU BIKE WEEK 2019

Melepasi tahun yang ke 7 acara perhimpunan motosikal pelbagai kategori,pelbagai profesion dan pelbagai bangsa pemiliknya.Satu minat,Satu citarasa iaitu jentera Dua Roda.

Pantai Batu Burok.lokasi acara saban tahun digegarkan dengan deruman enjin motosikal pelbagai jenis.Bagi pemilik dua roda yang pernah mengunjungi Terengganu Bike Week,pastinya akan mengunjunginya lagi.

Aturcara disediakan cukup menarik,Saban tahun dikemaskini,makanan yang enak,serta banyak sekali lokasi percutian yang ingin di lawati serta di kongsi bersama keluarga sekembali dari acara Terengganu Bike Week nanti.


2019 acara yang sama akan muncul kembali hujung bulan mac nanti.Penganjur telah menjanjikan sedikit kelainan kepada pengunjung yang hadir.Apakah kelainannya?

Jangan lepaskan peluang di musim cuti sekolah ini,bawalah keluarga bersama sambil menghirup udara segar Pantai Batu Burok dan makanan asasi rakyaat terengganu iaitu Nasi Dagang dan Keropok Lekor.

Terenganu Bike Week 2019 menanti kehadiran Anda.