Sabtu, 13 Julai 2019

Honda X-ADV 750 Buktikan Kehebatan Di Perlumbaan Gibraltar


Pelumba Veteran Paris-Dakar, Renato Zocchi telah membuktikan Honda X ADV 750 sebuah skuter yang mampu bersaing dengan motosikal Adventure di dalam perlumbaan Off road yang ekstrim.

Semestinya ramai yang tidak terfikir skuter tersebut mampu menewaskan versi adventure yang terserlah kehebatan masing-masing.


Kemenangan besar untuk Honda X-ADV 750 dari perlumbaan Gibraltar dengan menduduki tempat Pertama dalam Kelas 2 (601cc - 950cc) dan keseluruhan tempat  ke 7.

Saingan sengit di kelas 2 dari motosikal Adventure lain seperti Super Enduro KTM 950 ,790 Adventure R, Husqvarna Enduro 701 dan BMW GS 800 F.

Ini adalah kali kedua Renato Zocchi di Perlumbaan Gibraltar dengan Honda X-ADV 750.Menurut Renato Zocchi percubaan kali pertama menyertai perlumbaan Gibraltar pada tahun lepas telah membuahkan hasil pada tahun ini.


Memasuki tahun keempat, Perlumbaan Gibraltar terkenal dengan keadaannya yang mencabar. Dengan jarak 300 hingga 600 kilometer panjang. Hampir keseluruhan jalan adalah off road.

Beberapa peningkatan dari Honda termasuk elektronik yang lebih canggih. Seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan mod off-road yang mengoptimumkan kawalan daya dan daya tarikan untuk keadaan menunggang .


Zocchi juga menggunakan sistem ekzos SC-Project dan mono shock Ohlins untuk Honda X-ADV. 750 yang di gunakan.

Tayar Anlas Capra X yang disesuaikan dengan rim BartTubeless turut dipasangkan kepada skuter tersebut.


Zocchi berkata, dengan teknologi terkini dari Honda dan keyakinan yang tinggi terhadap skuter yang ditungganinya adalah faktor yang menghasilkan kejayaan.