Bandar Mati.Itu ungkapan yang boleh di definasikan kepada Bandar Pasir Puteh.Jajahan yang bersempadan dengan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu pintu masuk ke Kelantan.
Demi memperkenalkan serta menghidupkan Jajahan Pasir Puteh di Mata pelancong,satu program yang melibatkan pemilik motosikal telah diadakan.Ini merupakan satu usaha sokongan ke arah menarik pelancong berkunjung ke Kelantan amnya dan Pasir Puteh khasnya.
Kelantan yang mendapat jolokan "Serambi Mekah" tidak pernah menyekat sebarang aktiviti melibatkan permotoran. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung mestilah mengikut garis panduan.
Kelantan Islamic Bike Fest 2019.Program yang julung kali diadakan di Jajahan Pasir Puteh. Program yang diperkenalkan melalui idea bersama Azrul Khalid dan Pasir Puteh Bikers Club.
Penganjuran ini mendapat kerjasama dari Majlis Daerah Pasir Puteh,Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh serta agensi kerajaan yang turut terlibat ialah PDRM,AADK,Kesihatan,Farmasi Hospital Tengku Anis,Tabung Darah Negara Cawangan Pasir Puteh,JPJ,dan Air Kelantan(AKSB).
Kolaborasi antara semua agensi terlibat dengan Pasir Puteh Bikers Club telah berjaya mengamit 2000 pengunjung terutamanya pemilik motosikal dari pelbagai jenis datang ke Bandar Baru,Pasir Puteh dimana lokasi acara di adakan.
Program hasil usaha Pasir Puteh Bikers Club ini, jelas tidak menyusahkan Kerajaan Negeri.Ini diperakui oleh Dato' Hj Hassan Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat,Kebudayaan,Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.
Beliau juga mengalu-alukan agar program yang serupa dapat di teruskan lagi dari masa ke semasa.demikian ucapan Dato' Hj Hassan Mohamood semasa merasmikan Kelantan Islamic Bike Fest 2019.
Seperti mana-mana penganjuran acara perhimpunan permotoran,dana merupakan isu yang paling penting.Kekurangan serta suntikan "DANA" adalah aset yang didambakan oleh setiap penganjur.Kejayaan acara perhimpunan motosikal bergantung kepada 'DANA'.
Pelbagai aktiviti boleh di jalankan dan gerak kerja boleh di selaraskan secara sistematik dengan "DANA" yang mencukupi.Apatah lagi program perhimpunan motosikal yang nyata berbeza dari program yang pernah diadakan.
Antara penaja yang turut membantu dalam menjayakan program paling muda di kelantan ini ialah Syarikat Keropok Cap Menara,RSL Motor Grup,Abk Bikers Garage.Penglibatan Trafik IPD Pasir Puteh di ketuai oleh Inspektor Zarul beserta 10 anggota dalam melicinkan perjalanan lalulintas.
Persembahan artis tempatan, Aris Kapila,,Man Khan dan Jemi Intan Berlian,Kumpulan Dikr Barat Tuan Kob Raja Saring,Kumpulan Legasi Pak Agil serta Kumpulan Qasidah sememangnya mengikut garis panduan Islamik,penuh tatasusila dan menerapkan nilai-nilai Islam.
Persembahan Tambor dari 16 RAMD juga berjaya menarik kehadiran pengunjung ke KIBF 2019 yang dalam usaha mempromosikan Bandar Pasir Puteh.
Kepada penganjur syabas di ucapkan. Permulaan program tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan. Itu adalah cabaran yang perlu di sahut demi memperbaiki serta menambahbaikkan program yang bakal di adakan akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan