Isnin, 4 Februari 2019

JELAJAH 50 TAHUN AGRO BANK CAPAI MATLAMAT




Program permulaan sempena 50 Tahun Agrobank.Jelajah 50 Tahun Agrobank merupakan kali pertama diadakan.2019 merupakan tahun istimewa buat Agrobank. Genap 50 tahun semenjak ditubuhkan pada 1 September 1969.


Konvoi Jelajah 50 Tahun Agrobank yang bermula dari Ibu pejabat Agrobank Kuala Lumpur  menuju ke beberpa negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Perjalanan telah bermula pada 24 Jan dan berakhir pada 30 Jan 2019.


Seramai 14 orang kakitangan Agrobank telah menyertai Konvoi tersebut. Jelajah Agrobank yang melakar sejarah dengan jarak perjalanan 1,555km.Antara destinasi persinggahan Konvoi Jelajah 50 Tahun Agrobank ialah negeri Perak,P,Pinang,Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu dan berakhir di Pahang.

Destinasi 1 -Agrobank Ipoh
Bacaan Watikah daripada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank telah dibacakan oleh Ketua Jelajah iaitu En Joey di setiap cawangan di 7 destinasi itu. Program CSR  juga turut di adakan di pit stop Butterworth ,Kangar,Kuala Terengganu dan Kuantan.

Destinasi 2-Agrobank Butterworth
Syarikat Faiza Sdn Bhd iaitu rakan Strategik telah menyumbangkan hamper dan barangan keperluan serta wang tunai untuk di agihkan kepada 6 keluarga  dan  Pusat Jagaan Anak Yatim.

Flag Of  Di Guar Cempedak
Peserta Jelajah 50 Tahun Agrobank juga berkesempatan singgah di cawangan Agrobank Guar Cempedak bagi memeriahkan lagi sambutan Program komuniti Agrobank di lokasi tersebut.


Destinasi 3 - Agrobank Jeli
Dsiplin yang tinggi di tunjukkan oleh peserta konvoi, serta kecekapan ketua Konvoi Jelajah dalam mengendalikan peserta cukup terpuji.

Jambatan Banding
Jambatan Kuala Besut










Meskipun berkonvoi dengan pelbagai jenis motosikal, iaitu kapcai sehingga motosikal berkuasa tinggi namun sikap kerjasama dan setiakawan jelas terpampang sepanjang jelajah.

Destinasi 4  - Agrobank Pasir Mas
Sekalung tahniah kepada Ketua Konvoi En Joey yang sentiasa di bantu oleh En Hasrul dalam memastikan keselamatan peserta serta pergerakan mengikut seperti yang dirancangkan.

Destinasi 5 - Agrobank K.Terengganu
Kepujian harus di berikan kepada setiap peserta jelajah meskipun ini merupakan pengalaman pertama, fokus pada arahan serta ketahanan fizikal dan mental tunggak kejayaan Jelajah.

Destinasi 6 - Agrobank kuantan
Bukannya suatu perkara yang mudah mengharungi 1,555km dengan motosikal dibawah 250cc,namun kesanggupan dan kesungguhan peserta membanggakan Agrobank,

Destinasi 7 - Agrobank Temerloh

Sekaligus mencatat sejarah Sempena Ulangtahun Ke 50 Agrobank.

Tahniah Agrobank Bikers, Mengapai tanggungjawab, Misi tercapai,Sejarah Tercatat.


Album Jelajah 50 Tahun Agrobank

                                                     Destinasi 1- Ipoh 





Destinasi 2 - Butterworth,P.Pinang
Program CSR Di Kepala Batas










Destinasi 2 - Kangar,Perlis
Program CSR









Destinasi 3 - Guar Cempedak










Kenangan di Tasik Banding





Destinasi 3 - Jeli,Kelantan
Disambut oleh Grup Gold Wing Kelantan





Destinasi 4 - Pasir Mas
Flag Off

Jambatan Tok Bali



Petronas Kg Raja - Besut



Destinasi 5 -K.Terengganu





Program CSR Di K.Terengganu




Destinasi 5 Kuantan











Program CSR Di Kuantan








Destinasi 6 Temerloh



Destinasi Terakhir Bentong
























2 ulasan:

  1. Sekali lagi.. terbaik abg janggo. Moga jelajah akan dtg dpt dikongsikan jua..kenangan terbaik bg agrobank dan staf.

    BalasPadam
  2. Syabas dan tahniah abg2 motor...terbaekk

    BalasPadam